" Hidup kita adalah untuk ummat, Bukan untuk diri sendiri. "

Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak lagi penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak,maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun. Keana itulah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama dalam khidmat dakwah ini.


Friday 5 February 2016

MATI ??? [ HATI YANG MATI ] !

 Assalamualaikum.. !

Bismillahirrahmanirrahim.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. :)


Alhamdulillah... syukur masih menaip.. hihihi :D
Subhanallah... kuasa Allah sangat indah dan mega.
Ma Sha Allah :-(  Kurang melakukan ibadah sunat kepada Allah, dek pelbagai masalah dan sibuknya kehidupan T,T


 



Terdetik nak menulis entry harini apabila terbaca satu message dakwah di media sosial Whatsapp yang berbunyi:
 


Carilah hatimu di 3 tempat <3

'' Cari hatimu sewaktu membaca al-quran. 
Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat.
Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika kau duduk bertafakur mengingati mati.
Jika tidak kau temui juga, maka berdoalah kepada Allah, mintalah hati yang baru karena saat itu kau tidak lagi mempunyai hati. ''

(Imam Ghazali)

#HatiYangMati 

 



 Apa itu hati yang mati ? 

Hati yang mati adalah lawan dari hati yang hidup. Hati yang mati adalah hati yang tidak ada kehidupan di dalamnya. Hati seperti ini tidak mengenal Rabbnya, tidak menyembah-Nya dengan menjalankan perintah-Nya sesuai ia cintai dan ridhoi. Bahkan hati seperti ini hanya mau menuruti syahwat dan keinginannya walau sampai membuat Allah murka dan marah.

Hati yang mati ini adalah hati yang tidak mau menerima kebenaran dan juga tidak mau patuh. Berbeda halnya dengan hati yang sehat yang mengetahui kebenaran, patuh dan menerimanya.

Demikian penjelasan Ibnul Qayyim yang disarikan dari kitab Ighotsatul Lahfan, hal. 44, 46.

''Semoga Allah menjauhkan kita dari hati yang mati dan memberikan kita hati yang hidup. Hanya Allah yang memberi taufik dan hidayah.''


Terdapat 3 perkara yang membuatkan hati mati :

1) Meninggalkan solat
  

     Siapa tinggalkan solat Subuh, maka wajahnya tidak ada cahaya.
     Siapa tinggalkan solat Zuhor, maka rezekinya tidak ada berkat.
     Siapa tinggalkan solat Asar, maka badannya tidak bertenaga.
     Siapa tinggalkan solat Maghrib, maka anak-anaknya tidak ada harga.
     Siapa tinggalkan solat Isyak, maka tidak ada kerehatan dalam tidurnya.

Hatinya? Hatinya akan menjadi kalut dan kita akan terjerumus ke dalam perbuatan keji, terseret ke lembah kemungkaran dan kesesatan (QS.29 Al-Ankabut :45) dan (QS.19 Maryam :59), dan bisa menyusahkan serta merugikan orang lain.


2) Tidak bersedekah
  
Sedekah mampu menyucikan jiwa dan harta kita. Hati orang yang bersedekah akan tenang dan aman. Selain itu jiwanya akan damai, bersih dan terhindar dari perasaan yang negatif. Semua hartanya juga akan diberkati Allah SWT. Sekiranya datang seorang peminta sedekah kepada kita, jangan dimarahi dan ditengking golongan itu. Jangan berkelakuan jahat dengannya walaupun sedikit. Kerana dosa menengking dan menyakiti hatinya adalah lebih besar daripada pahala jika bersedekah dengan separuh harta yang dimiliki. Jangan pula kita menolak orang yang mula-mula mendatangi kita, kerana kadang-kadang mereka itu bukan manusia. Mereka mungkin jin yang diamanahkan Allah untuk datang dan menguji kita dengan harta yang kita miliki. Jika kita menengking, kelak kita akan ditengking oleh Malaikat semasa hari Qiamat.

3) Meninggalkan zikir

Sesungguhnya rasa cinta kepada sesuatu merupakan cabang dari pengenalan terhadapnya. Maka manusia yang paling mengenal Allah adalah orang yang paling cinta kepada-Nya. Dan setiap orang yang mengenal Allah pastilah akan mencintai-Nya. Hati seorang hamba akan menjadi hidup, diliputi dengan kenikmatan dan ketentraman apabila hati tersebut adalah hati yang senantiasa mengenal Allah, yang pada akhirnya membuahkan rasa cinta kepada Allah lebih di atas segala-galanya.
 
 


Jadi, apakah RESOLUSI kepada permasalahan Hati Mati ini ? Sebenarnya ubat hati ada 5 perkara:
 

1. Baca Al=Quran dan maknanya (betul tajwidnya dan hayati maksudnya)
Cuba cek diri kita, berapa hari sekali kita baca al-quran? atau bila kali terakhir kita baca al-quran dan maksudnya? Adakah betul tajwid kita? Betulkah bacaan al-quran kita? Al-quran ini adalah ayat-ayat cinta dari Allah. Kalau setiap hari kita boleh baca akhbat huruf demi huruf, tapi quran kita tak baca, memang berat nanang la:)

2. Solat malam dirikanlah (Qiyamullail)
Sentiasalah berniat untuk bangun qiamullail, dan berusahalah untuk bangun, jika tak bangun, sekurang-kurangnya dapat juga satu pahala. JIka tersedar dan rasa malas sangat nak bangun, sekurang-kurangnya beristighfarlah memohon ampun dari Allah. Payah sangat nak bangun, saya pernah kongsi tips untuk bangun pagi. Moga bermanfaat.

3. Berjumpullah dengan orang yang soleh (Majlis ilmu)
Hadirilah majlis ilmu kerana ianya salah satu dari taman-taman syurga. Majlis yang turut digemari oleh para malaikat ini kalaupun kita tidak dapat hadiri sebagai pelajar, jadilah pendengar. Malaikat amat suka kepada Majlis ilmu sebab itu pada hari jumaat, ada malaikat yang ditugaskan mengambil kehadiran para jemaah ke masjid, apabila imam naik ke atas mimbar untuk memulakan khutbah, malaikat akan tutup buku kehadiran tu dan duduk sama-sama mendengar khutbah. Bukan maksudnya orang yang datang selepas itu tak dapat pahala, tapi namanya tiada dalam buku kehadiran awal para malaikat. Wallahu a'lam.

4.Perbanyakkan berpuasa (yang sunat)
Puasa wajib memang wajib kita tunaikan tapi ni adalah puasa sunat. Sebenarnya puasa sunat lebih sukar untuk ditunaikan berbanding puasa wajib. Puasa adalah perisai. Syurga ada satu pintu yang dinamakan arRayyan dikhaskan untuk orang yang rajin berpuasa.


DARIPADA Sahl bin Sa'ad berkata bersabda Nabi Muhammad SAW: "Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang yang berpuasa pada hari kiamat. Tidak dapat masuk dari pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya: "Di manakah orang yang telah berpuasa?" Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa saja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa saja." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 
5.Zikir malam berpanjanglah (dari malam sehingga waktu sahur)
Cara zikir mengingati Allah ini banyak. Sentiasalah kita mengamalkannya. InshaAllah kita termasuk di dalam kalangan hamba yang sentiasa dekat dengan Allah.




[      '' [yaitu] orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan   
                mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi 
                tenteram.''   (QS.13 Ar-Ra’d  :28)


''Bahkan manusia itu hendak membuat maksiat terus menerus.''
(QS. Al-Qiyaamah :75)
'' Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka.''  (QS. Al Muthoffifin: 14)
        Rosulullah bersabda:
Seorang hamba apabila melakukan suatu kesalahan, maka dititik kan dalam hatinya sebuah titik hitam. Apabila ia meninggalkannya dan meminta ampun serta bertaubat, hatinya dibersihkan.
Apabila ia kembali (berbuat maksiat), maka ditambahkan titik hitam tersebut hingga menutupi hatinya.Itulah yang diistilahkan “Ar-Raan” yang Allah sebutkan dalam firman-Nya (yang artinya), ‘Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka’.
    Mujahid berkata:
Hati itu seperti telapak tangan. Awalnya ia dalam keadaan terbuka dan jika berbuat dosa, maka telapak tangan tersebut akan tergenggam. Jika berbuat dosa, maka jari-jemari perlahan-lahan akan menutup telapak tangan tersebut. Jika ia berbuat dosa lagi, maka jari lainnya akan menutup telapak tangan tadi. Akhirnya seluruh telapak tangan tadi tertutupi oleh jari jemari.

'' maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada. '' (Qs. Al-Hajj: 46)                                       ]




Sama-samalah kita #MuhasabahDiri , sentiasa mengingati mati. Tapi tidak semestinya hanya mati jasad yang perlu kita ingati. Apa yang lagi dan teramat penting untuk diselenggara adalah matinya hati. Sangat berbahaya kondisi orang yang hatinya mati. Terlalu banyak dosa dan juga kemungkaran terbit apabila kita tidak menghidupkan hati kita dengan mengenal AllahS.W.T. dengan mendalam dan mencintainya sepenuh hati.Allah Maha Besar. Ayuh selamatkan hati kita ya akhi ya ukhti. Semoga Allah memberkati..

Ameen ya rabbal A'lamin...

 Mudah-mudahan bermanfaat. In sha Allah.


Wasalam.









   [ SayyidahAwfiya ]:

Allah SWT creates everything in balance. If there is a test, behind it surely with no doubt, he gives a beautiful reasons called 'hikmah'. We just need to trust him and worship upon him. If we do that, surely we will live a real life because our heart will not be dead. It will always live and shines by Allah's barakah. Allah SWT The Exalted my Lord.


No comments:

Post a Comment