" Hidup kita adalah untuk ummat, Bukan untuk diri sendiri. "

Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak lagi penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak,maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun. Keana itulah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama dalam khidmat dakwah ini.


Monday 9 May 2016

UJIAN ALLAH : Kita mampu atau tidak ???

 Assalamualaikum.. !

Bismillahirrahmanirrahim.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. :)

Alhamdulillah...masih menghirup udara yang segar..


 Syukur kerana tanpa kita sedar, kita masih diberi nikmat oleh Allah menghirup udara segar percuma di muka bumi ini. So? apa lagi cakap la 'Alhamdulillah' Terima kasih Allah. Tanda kita mensyukuri nikmat Allah ni :)

Pernah atau tidak sekali atau sesekali kita melihat dugaan yang dialami oleh sesetegah orang dan kita merasa seperti 

"Ma Sha Allah.. besarnya dugaan dia ! Kalau aku di tempat dia pasti aku tidak mampu meneruskan kehidupan seperti biasa. Memang aku tidak akan mampulah ! Kesiannya dia... " 

Haa.. pernah atau tidak merasa macam tu? 

Kita rasa berat sangat beban dan kesedihan yang orang lain itu tanggung walaupun kita hanya melihat, bukannya mengalami sendiri apa yang dialami mereka. Itu pun kita sudah tidak keruan memikirkan bagaimana kita apabila ditempatnya.
Contohnya, dia kematian ibu atau bapanya atau saudara-mara atau suami dan pelbagai lagi. Dugaan Allah yang melibatkan orang yang kita sayangi amat berat untuk diterima.

TETAPI.....!

Pernah atau selepas itu, kita pula diuji dengan ujian seperti yang orang lain hadapi yang kita lihat amat berat untuk ditanggung dan dalam tak sedar kita berjaya harungi dugaan itu.
Mengagumkan bukan?

Saat kita fikir kita tidak mampu mengharungi ujian tersebut dan kemudian Allah uji kita dengan ujian tersebut dan dia bantu kita mengharungi ujian tersebut.

Itu bukti Allah hanya uji manusia pada tahap mampunya sahaja,tidak mungkin melebihi takat mampu manusia. Allah kan Maha Penyayang  :) Seperti dalam Surah Al-Baqarah ayat 86 Allah telah menyatakan:

 "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa):”Ya Rabb kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Rabb kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Rabb kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.[286]”
 
Percayalah kepada Allah. Sentiasalah berdoa kepadanya yang Esa. Janji Allah, kalam Allah, tidak pernah menipu. Berada di jalan Allah adalah yang terbaik.
Cuba mengenal Allah dan Tali Allah(agama Allah) sangat bermanfaat dan sangat diberkati hidup, kerana agama Allah adalah agama Islam yag aman dan sempurna.
There is no other religion better than Islam. :)

Jadi mental jangan koyak naa... #MuhasabahDiri balik selepas ini. Jangan marah-marah jika diuji Allah uji tanda sayang. Apa yang berlaku semuanya ada hikmah. Walau ia sekecil debu berterbangan tidak dapat dilihat ianya semua hikmah yang baik. Cumanya, senyum bila ditimpa ujian walau ujian itu sebesar kehilangan ibu buat selama-lamanya sambil mulut dibasahi dengan istighfar selepasnya.
In sha Allah  emnjadi.. kita akan merasa ketenangan yang kita fikir sukar untuk kita capai sebelum kita tahu Allah sayang kita, Allah ada membantu kita pada setiap masa sama ada susah atau senang.

Saya tidak tahu bagaiman mahu ekspresikan dalam ayat, tapi sya sendiri baru diuji dengan dugaan yang saya memang fikir saya tidak boleh 'move on' tapi betapa mulianya Allah apabila dia memudahkan semua urusan dan membantu saya untu lepasi ujian tersebut dengan ikhlas..In sha Allah istiqamah.. Sama-sama semua, kita KUAT :)

Cumanya apa yang ingin saya tekankan di sini, kita semua mampu menghadapi ujian kehidupan yang Allah tentukan. Semua ujian diturunkan kerana kita mampu. Jika kita tidak mampu, kita tidak akan diuji dengan ujian yang tidak mampu kita harungi. Don't doubt my words ! Trust Allah SWT :)

Tadabur ayat tersebut dan renungkanlah.

Bukan kita seorang dalam masalah atau dugaan yang berat, kekadang ujian orang lain lagi berat.

Allah uji sebab kita mampu..

Baiklah jumpa lagi di entry sterusnya ..Insha Allah..


Ameen ya rabbal A'lamin...

 Mudah-mudahan bermanfaat. In sha Allah.


Wasalam.







[ SayyidahAwfiya ]: 

Janji ALLAH  itu PASTI. Jangan bilang tidak apabila belum mencuba. Subhanallah.. Show your love to your prents while still worth. Islam itu mudah jangan cepat putus asa dengan janji Allah :D

No comments:

Post a Comment