" Hidup kita adalah untuk ummat, Bukan untuk diri sendiri. "

Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak lagi penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak,maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun. Keana itulah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama dalam khidmat dakwah ini.


Thursday 4 February 2016

BUNUH DIRI ?! Astaghfirullahalazim.. T__T ( Dari segi pandangan Islam perihal bunuh diri )

 Assalamualaikum.. !

Bismillahirrahmanirrahim.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. :)

Alhamdulillah.. Jari jemari masih mampu menaip entry ini. Baiklah.
 Zaman globalisasi kini acap kali kita dengar tentang banyak perkara-perkara pelik seperti kes kematia-kematian yang ngeri dan pelbagai lagi. Ya, paling banyak kematian berpunca daripada kemalangan. Banyak nyawa-nyawa hilang disebabkan kemalangan maut di jalan raya. Iya lah, memang kita sering dipesan supaya bmemandu dengan berhemat dan sentiasa mengikut undang-undang jalan raya. Tetapi Allah Maha besar, sudah tertulis takdir jika dia berkata kun faya kun untuk seseorang itu ajalnya kemalangan, terjadi jua. '' Malang tidak berbau '' . Tetapi pada masa kini tidak semua orang patuh pada arahan dek runtuhnya akhlak kebanyakkan ummat kini. Allahuakbar !!!!
Dunia kini, walaupun kita sudah beringat dan berhemat dalam pemanduan, belum tentu orang lain melakukan perkara yang sama. Banyak juga kematian dalam kemalangan yang mangsanya adalah mangsa keadaan tersebut. Seperti kes lori hantu merempuh pelajar sekolah baru-baru ini. .? Takutkan. Tpi itulah takdir mereka sudah tertulis begitu. Mereka sudah tentu ajalnya sebegitu, sudah diketahui. Kita yang masih agi dapat merasai kehidupan ini, nikmatilah. Teruslah hidup dan mencari keredhaan Allah SWT, agar pengakhiran kita Husnul Khotimah.. In Sha Allah... Ameen (x3)..

Akibatnya dari runtuhnya akhlak islamiah dalam diri ummat manusia sekarang, ramai yang memandang enteng nikmat hidup yang Allah berikan terhadap mereka. Kerana itulah adanya pelbagai kes berani mati dan tidak kurangnya dalam Malaysia sendiri banyak sangat kes bunuh diri dengan pelbagai cara. Ada yang gantung diri, ada yang kerat urat nadi dan macam-macam lagi. Astaghfirullahalazim ! Apa nak jadi bangsaku ini.. sedih dengar berita-berita sedemikian. Namun, itulah hakikatnya. Jelas dan nyata. Pelbagai sebab dan alasan yang langsung tidak munasabah kita dengar untuk kes bunuh diri ini kebanyakkannya. Antaranya seperti, putus cinta, kalah judi, terpaksa melakukan perkara yang tidak disukai,putus asa kerana gagal dalam urusan duniawi, dan banyak lagi.

Sesungguhnya, perbuatan bunuh diri sebagai suatu dosa yang amat menjejaskan perjalanan rohaniah seseorang. Bagi mereka yang dahulu percaya, tetapi akhirnya menolak kepercayaan mereka kepada Allah, hakikatnya kelihatan jelas negatif. Larangan terhadap bunuh diri juga dicatat dalam kenyataan-kenyataan hadis yang tulen. Umpamanya, "Orang yang mencekik dirinya sendiri hingga mati akan mencekiknya juga dalam neraka, dan orang yang menikam dirinya juga akan menikam dirinya di dalam neraka dan orang yang melemparkan dirinya dari tempat tinggi untuk membunuh diri, maka akan selalu dia melemparkan dirinya di dalam neraka." Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Sesiapa yang membunuh dirinya dengan benda tajam, maka benda tajam itu akan dipegangnya untuk menikam perutnya di neraka Jahanam. Hal itu akan berlangsung selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun sehingga mati, maka ia akan meminumnya di dalam neraka Jahanam selama-lamanya. Sesiapa yang menjatuhkan diri dari gunung semata-mata untuk membunuh diri, maka ia akan menjatuhkan dirinya ke dalam neraka Jahanam selama-lamanya.” (Riwayat Abu Hurairah)

' Firman Allah dalam  Al-Quran, An-Nisaa berkata: "Dan janganlah kamu bunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." (4:29)'
Itulah sedikit sebanyak bingkisan pendapat dan huraian mengenai kematian bunuh diri ini yang dapat saya kongsikan. Jadi bunuh diri, kita sering mendengar persoalan mengenai apa yang akan jadi dengan mayat orang yang membunuh diri.

'' Apa akan jadi dengan jenazahnya? ''

''Adakah dia akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam ? ''

'' Adakah kita perlu mensolatkan mayat mereka dan melakukan prosedure yang sama dengan mayat yang matinya normal? ''

Itu adalah sedikit sebanyak persoalan yang terlintas di minda kita berkenaan tajuk ini. 

 BUNUH  DIRI 
 
Image result for bunuh diri

Image result for bunuh diri


Jadi di sini saya kongsikan jawapan yang saya jumpa dari pelbagai sumber yang dapat dipercayai. In sha Allah..sama-sama kita fahami. :)

 


1)Soalan

 Assalamualaikum ustaz...saya ingin bertanya, hukum bunuh diri adalah berdosa besar, adakah orang islam yang bunuh diri dan jenazahnya dikebumikan di dalam kawasan tanah perkuburan orang islam???apakah hukumnya??

Jawapan
 

Waalaikumussalam,setelah kematian seseorang tersebut maka orang hidup perlu melaksanakan 4 perkara iaitu:

1.Mandi

2.Kapan

3.Sembahyang/solat dan

4.Mengkebumikan

Hal ini tidak ada pengecualian termasuk mereka yang membunuh diri. Cuma mereka yang membunuh diri itu hukumnya berdosa besar.Dalam soal pembunuhan terdapat perselisihan bagaimana hendak mengkebumikan jenazah yang mati  kerana membunuh diri.

Pernah berlaku pada zaman baginda ada orang Islam yang membunuh diri,tetapi baginda tidak mahu menguruskan termasuk menyembahyang dan mengkebumikan, lantas perbuatan baginda ditegur oleh Allah SWT.

Justeru panel ingin bertanya ke mana hendak dikebumikan mayat orang yang mati kerana membunuh diri? Jika di darat sudah tentu tempat yang telah dikhaskan iaitu di tanah perkuburan manakala jika dia  membunuh dalam pelayaran sudahpasti tempatnya ialah di perut laut.

Oleh itu panel nasihatkan agar mayat mereka yang membunuh diri tersebut hendaklah dikebumikan di tanah perkuburan. Soalnya  sama ada dia masih Islam atau tidak ia bukannya urusan manusia yang cetek ilmunya jika dibandingkan  dengan Allah SWT.


# Orang yg mati bunuh diri, di bersihkan, di mandi, di solat dan di kebumi seperti biasa. Ini tanggug jawab org yg hidup. Urusan mayat tadi, adalah urusannya dgn Allah swt. Sesungguhnya Allah swt sebaik baik hakim dalam mengadili si mati.

Pengetahuan Tuhan kami meliputi akan tiap-tiap sesuatu. Kepada Allah jualah kami bertawakal. Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim".
(Al-A'raaf 7:89) 


2) Soalan
 Saya ada persoalan tentang orang hidup antara orang mati bunuh diri. Bolehkah kita yang hidup ini memberi hadiah atau sedekah ayat2 suci Al-Quran atau mendoakan kesejahteraan ke atas mereka yang bunuh diri ini? Adakah apa yang kita sedekahkan diterima olehNya? Pada pertanyaan saya, rasanya wajar ke untuk mendoakan kesejahteraannya disebabkan dia sendiri tidak mahu mensejahterakan dirinya. Serta Allah SWT juga tidak menyukai mereka yang membunuh diri dengan sengaja iaitu secara sedar dalam keadaan waras.
Jawapan

Perihal mendoa kan si mati yg bunuh diri:

sesudah seseorang meninggal dunia terputus ia dengan mereka yg masih hidup kecuali pada beberapa perkara. setiap amalan yg baik dan pekerjaan baik , doa yg baik - akan dipulangkan kpd yg empunya diri.

.# Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).
(Al-Baqarah 2:215)


Jadi, adakah sudah jelas anda semua mengenai hal bunuh diri ini? In sha Allah .. harap perkongsian itu sedikit sebanyak membantu menjawab persoalan-persoalan mengenai bunuh diri. Kalian boleh utarakan soalan jika ingin mengetahui lagi mengenai topik ini. Saya akan cuba untuk menjawab dengan merujuk sumber-sumber tertentu. In sha Allah..
Dengan itu juga ayuh kita sama-sama berhuhu.. eh?! tidak2...
Mari kita sama-sama #MuhasabahDiri kita. Setiap yang Allah ciptakan adalah istimewa jangan kita persiakan begitu sahaja. Hargailah segala sesuatu itu. Balik kepada Allah, hidup untuk beribadah kerana Allah. Lakukan semuanya kerana Allah. Niatmu, hendaklah untuk Allah SWT semata-mata. kerana kita hanya singgah di dunia. Usah kerana susahnya dunia, kita cantas laluan yang lurus serta kesempatan kita untuk mengumpul bekalan akhirat nanti. In sha Allah. jom! sama-sama kita muhasabah diri dan jadi yang terbaik di pandangan Allah Maha Esa. 

Ameen ya rabbal A'lamin...

 Mudah-mudahan bermanfaat. In sha Allah.


Wasalam.












[ SayyidahAwfiya ]:


Appreciate the things you have found in life. The more tiny the thing is,  the more the changes it can make in your life, sometimes. What is important, appreciate your life. Because life will not be given to us twice. It is once in a lifetime offer. make use of it carefully.



 

No comments:

Post a Comment